Siakap Keli
Gambar : Google

TERKINI :Tiga Kes Baru, Singapura Duduki Tangga Lima Teratas Kes Tertinggi

Singapura mengesahkan tiga lagi kes jangkitan koronavirus, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 13 kes di negara berkenaan.

Ini bermakna, Singapura menduduki tangga kedua tertinggi kes di luar China, di mana Thailand mendahului dengan rekod 14 kes setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, tiga individu tersebut merupakan wanita warganegara China yang sampai di Singapura antara 21 dan 22 Januari.

”Kesemua 13 pesakit berada dalam keadaan stabil dan keadaan kebanyakan mereka bertambah baik,” kata kenyataan tersebut.

Seperti mana kebanyakan negara seluruh dunia, Singapura turut menasihatkan rakyatnya untuk menangguhkan semua perjalanan ke wilayah Hubei terutamanya, dan semua tempat di China.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura, Chan Chun Sing berkata, kerajaan akan mengedarkan empat topeng kepada setiap satu daripada 1.3 juta isi rumah bermula Sabtu ini.

Beliau berkata, negara mempunyai bekalan topeng yang mencukupi jika bekalan diuruskan dengan baik.

Sumber : CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.