Siakap Keli
Gambar: Animal Valley

(Video) Kucing Bagi Isyarat Minta Makan Daripada Tuan Yang Pekak

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang mempunyai perwatakan yang sangat manja. Disebabkan itu juga, terdapat segelintir pemilik kucing yang tidak kisah berhabis wang ringgit bagi menjaga haiwan peliharaan itu.

Selain sifatnya yang manja, kucing juga mempunyai pelbagai reaksi yang menambat hati manusia. Kadang-kadang, tindak-tanduk yang dilakukan oleh kucing seakan-akan meminta sesuatu daripada tuannya.

Menerusi satu rakaman yang dikongsikan di Facebook, seekor kucing dilihat meminta makanan daripada tuannya yang mengalami masalah pendengaran. Kucing tersebut seakan tahu bahawa tuannya tidak dapat mendengar suaranya meminta makanan. Disebabkan itu, dia menggunakan bahasa isyarat untuk meminta makanan.

Kucing itu mengerak-gerakkan tangan pada bahagian mulutnya menandakan ingin makanan. Seakan faham dengan permintaan kucing, lelaki berkenaan menyuapkan makanan kepada kucing di sebelahnya.

Perbuatan itu terus diulang oleh kucing berkenaan setelah makanan di dalam mulutnya habis dijamah. Bahasa isyarat yang dilakukan oleh kucing ini menandakan bahawa haiwan peliharaan itu juga boleh berinteraksi dengan manusia.

Sumber: Animal Valley

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)