Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

(Video) Matematik Dan Sains Akan Diajar Dalam Bahasa Inggeris Semula- Tun Mahathir

Kuala Lumpur, 31 Jan – Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berhasrat menggunakan semula Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Hasratnya itu diketengahkan dalam satu mesyuarat bersama pegawai kementerian pendidikan hari ini.

“Kami ingin mempromosi penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan. Hal ini amat penting. Kita perlu memberi masa untuk mempelajari bahasa Inggeris secara spesifiknya dalam subjek Sains dan Matematik.

“Sains dan Matematik datang dari luar. Kebanyakannya datang dalam bahasa Inggeris, oleh itu kita akan menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik,” katanya

“Kami dapati mereka yang menggunakan bahasa Melayu dalam subjek tersebut menghadapi masalah di alam kerjaya di mana bahasa Inggeris diperlukan,” kata beliau.

Sementara itu, beliau menekankan hakikat kepelbagaian kaum dalam negara yang mempunyai cabaran dan kelebihan tersendiri.

Kemajuan negara juga dapat dicapai melalui kerjasama baik antara kaum, katanya.

Sumber: Mahathir Mohamad

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.