Siakap Keli
Gambar Hiasan via SCMP News

(Video) Panik Dijangkiti, Penduduk Guna Botol Lindungi Diri

Kedatangan koronavirus yang melanda beberapa buah negara telah menyebabkan berlakunya banyak kekalutan. Perkara ini ekoran telah dicatatkan kematian yang telah mencecah lebih 200 orang.

Dengan bilangan tersebut, ramai yang bimbang sekiranya mereka juga terkena virus yang dikatakan berasal dari daerah Wuhan, China. Disebabkan itu, rata-rata mereka menggunakan alat perlindungan seperti topeng muka bagi mengurangkan risiko menghidapi virus tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah gelagat segelintir warga China yang menggunakan perlindungan topeng muka dipercayai buatan sendiri.

Seperti dalam satu rakaman yang dikongsikan oleh media tempatan, seorang lelaki menggunakan botol bersaiz besar sebagai alat perlindungan mukanya.

Bagi mengelakan virus tersebar melalui sentuhan, ada juga yang memakai sarung tangan getah bagi memastikan kebersihan tangan mereka terjamin.

Berkhidmat sebagai pemandu teksi sememangnya berisiko terdedah kepada virus berkenaan. Disebabkan itu, seorang pemandu memakai pakaian perlindungan lengkap ketika memandu.

Koronavirus yang tersebar di beberapa buah negara sememangnya berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian. Namun, disebabkan itu jugalah pelbagai idea untuk membuat alat perlindungan dihasilkan.

Sumber: SCMP News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra