Siakap Keli
Gambar Twitter Zed Zaidi

Zed Zaidi Dipanggil Beri Keterangan Berkaitan Penyebaran Berita Palsu

Jangkitan koronavirus yang berlaku di beberapa negara termasuk Malaysia, telah menimbulkan pelbagai isu dan spekulasi dalam kalangan warganet.

Terdapat beberapa berita yang tidak sahih disebarkan di media sosial sekaligus menimbulkan panik dan kebimbangan ramai.

Turut mendapat tempias, kenyataan yang dimuat naik oleh Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, baru-baru ini turut terkena tempias.

Baca : ”Mesti Malaysia Ada Buat Benda-Benda Tak Baik Ni,” Status Zed Zaidi Dikritik

Susulan itu, menurut laporan Bernama TV, Zed Zaidi telah dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), hari ini.

Walau bagaimanapun, menerusi tinjauan di laman Twitter miliknya, sehingga kini Zed Zaidi dilihat belum memadam kenyataan tersebut.

Sumber : Bernama TV

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.