Siakap Keli

Amerika Syarikat Isytihar Darurat Sahkan Kes Ketujuh Koronavirus

Novel koronavirus telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam di Amerika Syarikat setelah kes ketujuh dicatatkan di negara itu.

Pengisytiharan yang diumumkan oleh Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia, Alex Azar itu dilakukan dalam taklimat White House pada Jumaat semalam.

Menurut Azar, sebaik sahaja pengisytiharan itu berkuatkuasa pada pukul 5 petang ET Ahad, rakyat Amerika Syarikat yang kembali dari wilayah Hubei di China dalam dua minggu sebelum kepulangan mereka akan dikenakan sehingga 14 hari kuarantin mandatori.

Warganegara Amerika yang kembali dari seluruh tanah besar China dalam tempoh dua minggu sebelum ini akan menghadapi pemeriksaan kesihatan di beberapa pelabuhan masuk. Mereka juga menghadapi dua minggu pemeriksaan kuarantin diri sendiri untuk memastikan mereka tidak menimbulkan risiko kesihatan.

Presiden Donald Trump telah menandatangani pengisytiharan menangguhkan kemasukan warga asing yang telah melancong di China dalam dua minggu yang lalu. Warga asing yang merupakan keluarga terdekar warga AS atau penduduk tetap dikecualikan.

“Langkah-langkah bijak, sasaran dan sementara ini akan mengurangkan tekanan ke atas pegawai kesihatan awam yang menyaring pelancong yang masuk, mempercepat pemprosesan warga AS dan penduduk tetap yang pulang dari China dan memastikan sumber berfokus pada kesihatan dan keselamatan rakyat Amerika,” kata Azar.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.