Menerusi satu posting di Instagram, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mendakwa dirinya telah diganggu oleh sekumpulan individu didalam satu majlis malam semalam.
Menurut perkongsian itu, majlis tersebut dikatakan telah ‘dihadiri’ sekitar 200 orang individu yang tidak dijemput.
Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.
Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat.
Lari seperti orang salah
Di akhir coretannya, Syed Saddiq juga mengingatkan kepada pihak berkaitan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang, ada polis dan juga mahkamah.
Sumber: syedsaddiq