Siakap Keli
Kredit Foto: Metro UK

Doktor ‘Terhiris’ Pipi Bayi Gara-Gara Bergerak Terlalu Banyak Dalam Perut Semasa Pembedahan

Wajah seorang bayi yang baru dilahirkan dilaporkan telah ‘dihiris’ semasa proses pembedahan kelahirannya.

Doktor berkata bahawa kejadian itu berpunca daripada bayi tersebut yang bergerak terlalu banyak.

Menurut laporan, ibu itu telah merancang untuk melahirkan secara semula jadi di sebuah hospital awam di Wilayah Rusia Chelyabinsk di barat daya, namun doktor memutuskan bahawa C-seksyen adalah pilihan yang paling selamat apabila bayi perempuan tersebut berubah kedudukan.

Kredit Foto: Metro UK

Apabila anestesia epidural tidak berfungsi, ibu muda tersebut diberikan anestasi intravena. Apabila sedar, dia terkejut melihat potongan besar pada wajah anaknya yang baru lahir.

Doktor dilaporkan telah memberitahu ibu yang berumur 19 tahun itu bahawa anak perempuannya ‘tidak boleh bergerak begitu banyak’. Wanita itu dikatakan mengalami demam yang tinggi selepas menjalani pembedahan.

Pihak hospital belum mengulas mengenai kejadian itu.

Sumber: Metro UK

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.