Pihak berkuasa di Australian Capital Territory (ACT) telah mengisytiharkan keadaan kecemasan ekoran kebakaran hutan besar-besaran yang sedang merebak di selatan Canberra.
Kebakaran tersebut merupakan ancaman kebakaran paling teruk di wilayah berkenaan dalam tempoh hampir dua dekad. Kebakaran utamanya di wilayah selatan telah meliputi sekitar 18,500 hektar.
Penduduk di pinggir bandar Canberra telah digesa supaya berjaya-jaga dan bersedia untuk sebarang pemindahan yang akan diarahkan.
ACT kini menghadapi ancaman kebakaran paling buruk sejak kebarakan yang dasyat sejak tahun 2003.
Wilayah yang sekarang terjejas dengan kebakaran tersebut adalah terletak di antara Sydney dan Melbourne yang mempunyai sekitar 400,000 penduduk.
Menurut ketua menteri tempatan, Andrew Barr, kebakaran boleh menjadi tidak terkawal ekoran suhu naik ke 40°C dan juga angin kencang. Kebakaran tersebut telah berlaku beberapa minggu yang lepas. Pada Khamis lepas, lapangan terbang Canberra terpaksa ditutup.
Tiga anggota bomba Amerika Syarikat telah meninggal dunia pada hari yang sama selepas pesawat mereka terhempas di zon api berhampiran bandar, di rantau Snowy Mountains.
Sumber: BBC