Siakap Keli
Gambar Google

Niat Nak Ambil Botol Jatuh, Kekasih Isteri ‘Kantoi’ Bermalam Bawah Katil

Seorang lelaki dilaporkan telah meninggal dunia selepas dibelasah teruk oleh orang kampung di daerah Kabupaten Kupang, Indonesia.

Perkara itu adalah ekoran daripada hubungannya bersama seorang wanita yang sudah berkahwin diketahui oleh suami.

Sebelum kejadian itu, mangsa telah memasuki rumah kekasihnya ketika wilayah tersebut mengalami masalah elektrik.

Kemudiannya, dia telah menyelinap ke bilik wanita itu dan menyorok di bawah katil.

Setelah bekalan elektrik disambungkan semua, wanita berkenaan dan suami masuk bilik untuk tidur.

Namun, ketika hendak melelapkan mata, tiba-tiba sahaja botol tempat meletak ubat nyamuk terjatuh dan tergolek di lantai.

Suami wanita terbabit terus turun daripada katil untuk memungut botol berkenaan dan terkejut sebaik mendapati sosok lelaki dibawah katil itu.

Pada awalnya,  dia disangkakan sebagai seorang pencuri lantas memekik memberitahu orang di sekeliling.

Cemas dengan keadaan itu, lelaki tersebut telah melarikan tapi berjaya ditangkap dan dibawa kembali ke rumah.

Setelah disoal oleh penduduk kampung yang lain, terbongkarlah bahawa dia merupakan teman lelaki kepada wanita berkenaan.

Perkara itu terbukti apabila terdapat rakaman suara yang memberitahu dia akan datang ke rumah kekasihnya.

Dalam rakaman itu, kekasihnya tidak membenarkan dia ke rumah kerana khuatir suami dan mentuanya akan pulang ke rumah pada bila-bila masa.

Selepas segalanya terbongkar, dia telah dibelasah oleh orang kampung sehingga parah.

Walaupun terdapat cubaan untuk membawanya ke hospital, namun semuanya telah terlambat kerana dia dilaporkan meninggal dunia.

Sumber: Kompas.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra