Nissan sedang merancang pemotongan kos yang agresif untuk menangani kemerosotan jualan yang tidak dijangka.
Pembuat kereta kedua terbesar di Jepun itu menetapkan untuk membuang sekurang-kurangnya 4,300 pekerjaan kolar putih dan menutup dua kilang.
Berdasarkan pelan itu, Nissan bakal mengurangkan kos operasi sekitar RM18 bilion dan pengurangan ini dijangka diteruskan sehingga 2023.
Kebanyakan rancangan pengurangan tersebut yang dirancang untuk meningkatkan kecekapan telah dibentangkan kepada ahli lembaga Nissan pada November lalu dan menerima persetujuan umum.
Jurucakap Nissan Motor Co enggan memberi komen mengenai langkah-langkah penyusunan semula tersebut dan keputusan ini sekali gus memberi kesan kepada model kenderaan yang tidak memberikan prestasi jualan baik.
“Situasi agak mendesak. Samada lakukan sesuatu atau bungkus,” kata sumber.
Sumber: Khaleej Times