Dua kebakaran belukar yang berlaku di Canberra pada minggu ini sangat ganas sehingga dikatakan membentuk sistem cuaca mereka sendiri serta kru bomba terpaksa melarikan diri.

Menurut laporan, kebakaran lembah Orroral yang sebesar 33,000 hektar tidak terkawal dan sangat berbahaya untuk ‘ditempur’.
Penduduk telah diberitahu untuk melarikan diri kerana dua kebakaran yang tidak terkawal itu boleh ‘merobohkan’ sempadan New South Wales (NSW).
Empat kebakaran besar juga berlaku di NSW dan pasukan penyelamant, Rural Fire Service (RFS) telah memberi amaran bahawa ia akan merebak dengan cepat.

Kebakaran di sempadan 172,251 hektar, Big Jack Mountain, Postmans Trail dan Creewah menyaksikan semuanya terbakar pada tahap kecemasan dan tidak terkawal.

Pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan, Georgina Whelan berkata aktiviti kebakaran tersebut telah menghasilkan corak cuaca sendiri dan bergabung dengan corak arah angin.

Ahli bomba dipaksa untuk membiarkan api terus membakar Gunung Tennent kerana sangat mustahil untuk menanganinya.
“Ia terlalu berbahaya untuk meletakkan anggota bomba ke kawasan yang lebih jauh,” kata Pesuruhjaya Whelan.
Sumber: Daily Mail