Siakap Keli
Gambar: CNA

(Video) Angkatan Bersenjata Pek 5.2 Juta Topeng Muka Untuk Diedarkan Ke Seluruh Singapura

Seramai 1,500 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) membungkus 5.2 juta topeng muka untuk diedarkan kepada orang ramai terutamanya di Singapura. Ia adalah satu langkah untuk melawan coronavirus yang semakin memburuk di negara itu.

Operasi pembungkusan yang dijalankan di Institut Ketenteraan SAFTI bermula pada petang Khamis (30 Januari) selepas pasukan petugas multi-menteri mengumumkan setiap rumah di Singapura akan menerima empat topeng muka.

SAF akan menggunakan van besar dan kenderaan utiliti operasi bagi menyampaikan topeng kepada 89 pusat Jawatankuasa Pusat dan Pusat Komuniti. Kemudiannya, Persatuan Rakyat (PA) akan mengedarkannya kepada orang ramai.

Gambar: CNA

Anggota SAF sedang bekerja dalam tempoh lapan jam, dengan setiap tempoh dijangka dapat membukus sekitar 200,000 topeng. Mereka akan menyerahkan pembungkusan pertama pada petang Jumaat dan bakal menamatkan operasi pada petang Sabtu.

Gambar: CNA

Menurut Menteri Pertahan Singapura, semangat yang ditonjolkan oleh semua anggota adalah sangat baik.

Anda tahu bahawa apabila anda melakukan ini, anda melakukannya untuk melindungi keluarga dan rakan-rakan di Singapura, dan anda sangat berbangga dengannya.

Selain ditugaskan dalam peperangan, anggota SAF juga perlu membantu dalam bidang lain bagi melawan Koronavirus. Mereka juga akan membantu mengendalikan peralatan pengesan haba di lapangan terbang dan akan mengenal pasti penumpang yang terjejas.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=77&v=2wcVtjFQZ_0&feature=emb_title

Sumber: CNA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.