Sememangnya tidak dinafikan bahawa setiap negara mempunyai keinginan untuk membina menara pencakar langit yang menjadi tumpuan dunia. Dengan ketinggian yang mencakar langit, Malaysia juga tidak terkecuali untuk tersenarai.
Antara menara yang terdapat di Malaysia dan mendapat tumpuan dunia adalah Menara Warisan Merdeka 118 atau lebih dikenali sebagai PNB118. Menara ini dijangka bakal siap pada awal 2021 dan menjadi menara tertinggi di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Namun begitu, sudah diketahui bahawa pembinaan menara pencakar langit ini tidaklah begitu mudah. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak yang membinanya dalam memastikan struktur bangunan tersebut kukuh.
Peringkat awal pembinaan bangunan ini adalah pada tahun 2014 di mana 100 ribu tan tanah telah digali. Pembinaan yang dikendalikan oleh Gary Salvidge pada peringkat awal telah membenamkan 137 tiang konkrit yang dikenali sebagai cerucuk 200 kaki ke dalam tanah. Ianya bagi memastikan tapak bangunan tersebut kukuh sebelum dibangunkan.

Pelbagai cabaran dihadapi bagi membangunkan bangunan ini seperti cuaca yang tidak menentu. Bagi memastikan setiap binaan itu betul-betul kukuh, adalah penting bagi melakukan dengan penuh teliti.
Dalam pada itu, fakta menarik pembinaan ini adalah reka bentuknya mencerminkan imej ikonik pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Ikuti dokumentari di bawah bagi melihat sendiri proses membangunkan bangunan tertinggi di Malaysia ini.
Sumber: Skyscrapers MY