Siakap Keli
Gambar via NBC News

Terkini: Kematian Pertama Koronavirus Di Luar China Dilaporkan Di Filipina

Terbaru, satu kes kematian disebabkan wabak Koronavirus di luar negara China dilaporkan berlaku di Filipina.

Kematian tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang disahkan sebagai orang kedua menghidap virus berkenaan. Individu itu dilaporkan telah meninggal dunia pada 1 Februari 2020.

Mangsa berusia 44 tahun itu dikatakan mengalami demam, batuk dan sakit tekak sebelum dimasukkan ke Hospital San Lazaro pada 25 Januari.

Kes kematian ini merupakan yang pertama berlaku di luar negara China. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Filipina mengesahkan bahawa lelaki berkenaan datang daripada Wuhan, China.

Menurut Setiausaha DOH, pesakit itu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan yang baik. Namun, keadaan pesakit merosot dalam tempoh 24 jam lalu sehingga menyebabkan kematian.

Sebelum ini, dilaporkan angka korban daripada wabak Koronavirus meningkat kepada 304 orang dan lebih 14 ribu kes jangkitan di China.

Sumber: World Health Organization Philippines/ CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra