Siakap Keli
Gambar: Info Roadblock JPJ/POLIS

(Video) Nyaris Digilis, Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya

Menunggang motosikal di atas jalan raya sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya kerana keadaan fizikal kenderaan itu yang kecil. Risiko tersebut lebih besar sekiranya pengguna menggunakan laluan di lebuhraya dek kerana jumlah kenderaan yang lebih banyak.

Banyak kemalangan telah dilaporkan melibatkan motosikal yang terbabas di atas lebuhraya. Antara yang terbaru ialah seperti yang dikongsikan di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS.

Sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang individu telah tergelincir dan jatuh dalam keadaan hujan lebat serta jalan yang licin.

Kejadian terjadi apabila sebuah motosikal cuba menukar lorong ke bahagian kanan.

Mungkin disebabkan cuba menggunakan brek secara mengejut dan keadaan jalan yang licin, penunggang dan pembonceng motosikal tersebut telah terjatuh dan terseret beberapa meter.

Lebih merisaukan, pembonceng itu hampir dilanggar oleh sebuah kereta hitam yang sedang menggunakan laluan paling kanan. Namun, mujurlah tiada sebarang rempuhan yang berlaku.

Keadaan jalan yang basah kerana hujan sememangnya memberikan risiko kepada penunggang motosikal. Tambahan lagi, garisan putih yang terdapat di atas permukaan jalan juga boleh menyebabkan tayar motosikal mudah tergelincir.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra