Siakap Keli
March 31, 2009, USA: On April 26, 2009 the United States declared a public health emergency due to a potential swine flu pandemic caused by a new strain of virus which can be treated only with Tamiflu and Relenza. There is no vaccine against swine flu, but the CDC ( Center for Disease Control ) is working to produce one. More cases surfaced from Canada to New Zealand, and Mexico, the outbreak's epicenter, raised the number of deaths to 103, and the number of cases to more than 1,600. ///This photograph captures a sneeze in progress, revealing the plume of salivary droplets as they are expelled in a large cone-shaped array from this man'­s open mouth, thereby, dramatically illustrating the reason one needs to cover his/her mouth when coughing, or sneezing, in order to protect others from germ exposure.. Credit: Polaris

Jangan Sembur Atas Muka Orang, 7 Penyakit Ini Boleh Berjangkit Melalui Bersin Dan Batuk

Penularan tentang wabak Koronavirus sungguh membimbangkan warga dunia. Seluruh negara mengambil serius tentang aspek kebersihan bagi mencegah jangkitan Koronavirus. Isu ini memberi impak yang besar kepada warga emas wanita hamil, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Menerusi laman Twitter, Dr Suhazeli Abdullah yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga lulusan dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian telah berkongsi fakta mengenai etika batuk, bersin dan pemakaian mask yang betul.

Image

Sekali batuk boleh mengeluarkan sejauh 8 meter

Kerap batuk dan bersin secara tidak langsung boleh menjangkau dengan sekali batuk jumlah titisan cairan rongga mulut dan hidung (droplet) boleh mengeluarkan sejauh 8 meter. Halaju droplet itu 80 km/j yang menghamburkan sebanyak 3000 droplets.

Bersin boleh mencecah sehingga 6 meter bersamaan 100,000 droplets

Sekali bersin pula boleh mencecah sehingga 6 meter. Halajunya 160 km/j dengan sekali hamburan sebanyak 100,000 droplets.  Droplets itu akan kering dan berkeliaran dipersekitaran maksima 10 minit. Virus atau bakteria yang keluar bersama droplets akan hidup sehingga beberapa ketika.

Jenis penyakit yang dijangkiti

Ini ada lah beberapa penyakit yang terkesan dengan droplets tersebut :

Campak: 2 jam

Tuberculosis:6 jam

Influenza: 24 jam

SARS: 48 jam

Pertusis: 3 hari

MersCoV: 4 hari

Difteria: 7 hari hingga 6 bulan. 2019

-nCov: Dalam kajian.

‘Oleh itu pentingnya etika batuk, bersin dan memakai mask dengan betul.  Angka-angka di atas tidak perlu hafal dan tak penting pun, tetapi terlebih penting adalah adab.  Jangan sembur atas muka pasangan, Jangan sembur atas muka kawan,  Jangan sembur atas muka jiran’ ujarnya.

Namun, jika berada di luar pastikan anda sentiasa peka dengan persekitaran anda kerana dapat mencegah jangkitan yang semakin merebak. Pemakaian mask pula dapat membantu dari segi mengurangkan risiko.

Sumber : Dr Suhazeli

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)