Siakap Keli
Sumber: Bernama

Kedudukan Wuhan Sebagai Tuan Rumah Kejohanan ABC Diputuskan Hujung Februari

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Badminton Asia hari ini menyatakan mereka akan membuat keputusan sama ada mengekalkan Kejohanan Badminton Asia 2020 (individu) di Wuhan, China ataupun memindahkannya ke tempat lain, hujung Februari ini, berikutan wabak novel koronavirus 2019.

Bagaimanapun  ABC dalam satu kenyataan menyatakan, pada masa ini kejohanan dari 21 hingga 26 April itu yang akan memberikan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, masih lagi kekal di Wuhan.

“Badminton Asia dan Persektuan Badminton Dunia (BWF) akan memantau secara dekat perkembangan dan situasi virus itu dengan harapan situasi tersebut akan menjadi lebih baik.

“Badminton Asia juga mempunyai pelan kontigensi untuk bandar lain bersedia menjadi tuan rumah kejohanan tersebut di dalam dan luar China,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini BWF menangguhkan kejohanan Masters Lingshui di China, yang sepatutnya berlangsung dari 25 Feb hingga 1 Mac, yang juga merupakan satu kejohanan kelayakan sukan Olimpik.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)