Siakap Keli

“My Baby” Syed Saddiq Jadi Kegilaan Wanita Thai & Kemboja, Video Dikongsi Mereka Lebih 11k

Umum telah mengetahui bahawa Menteri Belia dan Sukan negara kita iaitu Syed Saddiq adalah merupakan salah seorang menteri yang termuda dalam barisan jemaah menteri negara kita kini.

Menceburi bidang politik di usia yang agak muda serta berperwatakan menarik, tidak hairanlah mengapa beliau mendapat banyak perhatian dalam mahupun luar negara.

Dalam satu muatan yang telah menjadi tular di media sosial, sebuah akaun Facebook yang mempunyai lebih dari 80 ribu pengikut telah memuat naik satu video yang menunjukkan YB Syed Saddiq sedang merakamkan percakapannya.

Video tersebut turut disunting dengan dimasukkan lagu yang dipercayai berbahasa Kemboja. Video tersebut telah menjadi tular dan sehingga kini telah mendapat lebih 11 ribu perkongsian daripada netizen di Facebook.

Sebelum ini, Syed Saddiq sudahpun tular di media sosial luar negara khsusnya dalam kalangan wanita-wanita dari Thailand dan Kemboja.

Beberapa netizen yang dipercayai berasal daripada negara lain juga turut menyatakan bahawa mereka agak tertarik dengan Syed Saddiq.

Berikut adalah antara komen-komen daripada netizen:

Terdapat juga netizen yang menjadikan gambar Syed Saddiq sebagai gambar profil Facebooknya.

Sumber: អារម្មណ៍ មនុស្សស្រី

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.