Siakap Keli

Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Selamat Mendarat Di Wuhan, China

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Pesawat khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel koronavirus 2019, telah selamat mendarat di Wuhan, China malam ini.

Menurut aplikasi WhatsApp Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pesawat AirAsia AK8264 itu yang membawa 12 kru dan lapan petugas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tienhi kira-kira jam 9.10 malam (waktu Malaysia).

Petang tadi, pesawat khas itu berlepas kira-kira 3.50 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) ke Wuhan, China untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak.

Pesawat itu juga  membawa bersama 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi membanteras penularan 2019-nCoV di negara itu.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.