Siakap Keli
Kredit: Instagram My Boy Belarus

(Video) Aksi Kucing Bermata Juling Tetap Comel, Pukau Ribuan Peminat Di Instagramnya

Biarpun mempunyai mata yang juling akibat strabismus, kucing ini berjaya mencuri hati ratusan ribu peminat dari seluruh dunia dengan telatah dan kecomelannya.

Kucing diberi nama Belarus ini mempunyai lebih 250 ribu pengikut di laman Instagram.

Terpikat ketika melihatnya, pemilik Belarus mengambil si comel itu dari sebuah pusat perlindungan haiwan kira-kira dua tahun lalu ketika ia masih berusia setahun.

Pada 2019, pemiliknya, Rachel dilaporkan berjaya mengumpul dana sehingga kira-kira RM16,456 dari pelbagai kempen menggunakan populariti haiwan berkenaan.

Dana itu kemudiannya digunakan untuk membantu operasi pusat perlindungan haiwan yang pernah menjadi tempat berteduh si comel berkenaan.

Sangat aktif dan tidak takutkan air, Belarus dikatakan gemar bermain di dalam bilik air.

“Ia sering menolak barang jatuh dari sinki ketika saya sedang mandi,” kata pemilik kucing berkenaan.

View this post on Instagram

Friday morning. Time to be a creeper!! 👀

A post shared by Belarus The Cat (@my_boy_belarus) on

Belarus juga mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi serta suka menyusup ke sudut yang sempit.

Keunikan dan kecomelan Belarus berjaya memukau mata yang melihatnya.

‘Kacak’ dan comel

Disayangi ramai

Mata tercantik di dunia

Sumber: My Boy Belarus

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.