Siakap Keli
Sumber: BBC

(Video) Hanya Ambil Masa 10 Hari, China Siap Bina Hospital Koronavirus Kedua

Bimbang wabak Koronavirus semakin meningkat, China dijangka membuka sebuah hospital di bandar tersebut kerana bilangan orang yang dijangkiti terus meningkat.

Pada minggu lalu, Hospital khas telah dibina di Wuhan dalam jangka masa 48 jam dengan menyediakan 1,000 katil untuk merawat pesakit turut dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan internet.

Sebuah lagi hospital telah dibina khas untuk wabak koronavirus iaitu Hospital Leishenshan atau Thunder God Mountain Hospital itu diserahkan kepada tentara semalam selepas projek pembinaannya bermula sejak 10 hari lalu.

Laporan TV tempatan memberitahu seramai 1,400 kakitangan perubatan daripada angkatan Tentera China dan gabungan daripada beberapa kakitangan universiti angkatan tentera bakal dipindahkan ke hospital ini.

Hospital Leishenshan atau Thunder God Mountain Hospital (hospital kedua) itu dijadualkan akan mula beroperasi pada Rabu ini.

China yang bergelut untuk menangani wbak tersebut yang dikatakan terus meningkat kepada 17,000 dan disahkan mengorbankan 361 kematian.

Kini terdapat lebih daripada 150 kes disahkan di luar China. banyak negara telah melarang orang asing yang tiba dari China dan dikuarantin.

Angka terkini dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkaitan isu Koronavirus:

1. 21,558 kes yang disyaki

2. 152, 700 orang di bawah kawalan perubatan.

3. 475 orang telah dikeluakan daripada hospital.

Jumlah kes Koronavirus di seluruh negara telah mengatasi angka yang lebih tinggi berbanding wabak Sars yang telah merebak ke 12 negara pada tahun 2003.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Jiao Yahui berkara, hospital-hospital baru ini akan menempatkan lebih 10,000 pesakit dan cukup untuk menangani kes wabak Koronavirus.

Sumber: BBC News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)