Siakap Keli

Berebut Turun Tangga, 14 Murid Maut Terhempap Sesama Sendiri

Empat belas kanak-kanak terbunuh dalam keadaan mengerikan ketika mereka bergegas turun dari tangga di hujung kelas sekolah rendah di Kenya barat pada Isnin lalu.

Manakala 39 lagi murid mengalami kecederaan dalam insiden terbabit.

Memetik laporan Komander Polis Wilayah Barat Peris Kimani, insiden tersebut berlaku di Sekolah Rendah Kakamega.

“Kami kehilangan 14 daripada mereka,” kata Menteri Pelajaran George Magoha kepada Citizen TV.

The Daily Nation berkata bahawa terdapat beberapa kanak-kanak yang jatuh dari tingkat tiga ketika mereka sedang berlari.

“Ketika anak-anak pulang dari sekolah, mereka bergegas dan berempuh-rempuh ketika mereka turun tangga,” kata Peter Abwao, jurucakap Red Cross Kenya. “Ia adalah di bangunan tiga tingkat, blok tersebut merupakan blok kelas.”

Sumber : Reuters 

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)