Siakap Keli

China: Lebih Ramai Pesakit Dijangkiti Koronavirus Pulih

BEIJING, 4 Feb (Bernama) — Lebih ramai pesakit di China yang dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Isnin seorang pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan barat daya China dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 13 orang.

Sementara itu, di wilayah Fujian timur China seorang pesakit juga dilaporkan telah pulih.

Di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China, lima pesakit dibenarkan pulang.

Sementara itu, pada Ahad 18 pesakit dibenarkan keluar hospital di wilayah Jiangxi timur China.

Di seluruh China sejumlah 475 pesakit pulih pada Ahad.

Sumber : Bernama

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)