Siakap Keli

Jepun Kuarantin Kapal Persiaran Selepas Seorang Penumpang Positif Koronavirus

Kerajaan Jepun bertindak mengkuarantinkan kapal persiaran Diamond Princess di pelabuhan Yokohama selepas seorang lelaki dari Hong Kong yang berlayar di atasnya bulan lalu disahkan positif koronavirus.

Lelaki yang berusia 80 tahun itu dikatakan sah dijangkiti koronavirus di Hong Kong selepas pulang dari pelayarannya itu. Dia dikatakan tidak mengalami demam ketika berada disana dan hanya mengalami batuk biasa sahaja.

Menurut setiausaha ketua kabinet Jepun, Yoshihide Suga, berkata pihaknya akan mengkuarantin kapal tersebut dari berlayar susulan daripada kejadian itu.

Syarikat itu mengesahkan bahawa pemeriksaan terhadap kapal tersebut dilakukan selama 24 jam bagi membolehkan pihak berkuasa kesihatan Jepun menyemak status kesihatan 2,666 penumpang dan 1045 anak kapal.

Jepun telah mencatatkan 20 kes koronavirus dan dikatakan 17 kes terdiri daripada warga Wuhan itu sendiri.

Sumber: Reuters

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)