Siakap Keli

Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Dijangkiti Koronavirus Ketika Hadiri Mesyuarat Di Negara Jiran

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang jangkitan Coronavirus di China. Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Walaupun Novel Coronavirus di China adalah tidak sama seperti di Malaysia. Namun pencegahan kedua-dua penyakit adalah sama.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ingin melaporkan mengenai pertambahan 2 kes baharu 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) kerana Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) pada 3 Februari 2019.

Kes baharu yang pertama Seorang lelaki warganegara China berumur 63 tahun yang berasal dari Wuhan, China dan tiba di KLIA pada 18 Januari 2020. Terdapat beberapa kesan sampingan selepas beberapa hari pulang daripada negara China itu.Namun tidak kebah juga. Beliau mula mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kes tersebut telah di maklumkan kepada KKM dan beliau dipantau dibawah Pengawasan dan pemantauan (home surveillance) dalam tempoh dua minggu. Pada awal Februari, demam masih berlarutan dan telah di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut. Ujian makmal positif 2019-nCoV, Kini pesakit berada dalam wad isolasi dan keadaan stabil.

Namun, kes kedua merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran pada pertengahan januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China. Selepas beberapa hari pulang ke tanah air, beliau telah mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan swasta kerana mempunyai simptom seperti demam dan batuk. Selepas itu, beliau tekah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan dimasukkan ke wad isolasi. Beliau telah disahkan positif nCoV dan pesakit dalam keadaan stabil.

Selepas itu, pihak KKM sedang mengambil inisiatif untuk mengenalpasti punca masalah. Pertambahan kes tersebut telah membabitkan dua lelaki itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 2019-nCoV setakat jam 6 petang semalam, adalah sebanyak 10, manakala kes disyaki (PUI) ialah 213.Kes ini antara lain membabitkan 122 rakyat Malaysia dan China (86 orang), manakala Australia, Korea, Jordan, Brazil serta Thailand, masing-masing seorang.

Image

Image

Sumber : Bernama, KKM

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)