Siakap Keli

Pak Guard Nampak Seterika ‘Terbang’, Hempas Cermin Kereta Di Parkir Rumah Flat

Pihak berkuasa perlu menegaskan isu mengenai membuang sampah atau objek dengan sesuka hati mereka dari bangunan bertingkat. Kerajaan juga harus memandang serius mengenai isu yang yang sering kali menjadi masalah kepada penguni bangunan bertingkat.

Terbaru, seorang pengawal keselamatan melihat besi terbang dari tingkat atas dan menghempap cermin kereta.

Boleh membawa maut

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana boleh membawa kecederaan parah serta kematian kepada pihak mangsa. Namun, pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama pihak polis perlu memberi penerangan kepada penghuni bangunan bertingkat supaya menghormati undang – undang dan peraturan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya di atas apa – apa objek dari bangunan.

Perlu didedahkan dengan jenis undang-undang

 

Para penduduk bangunan bertingkat perlu mengambil inisiatif untuk mengetahui jenis undang – undang serta hukuman yang sedia menanti diri mereka sekiranya mereka melangar mana-mana peruntukkan undang-undang. Poster serta notis yang memberi peringatan keras terhadap semua penduduk supaya tidak membuang sebarang jenis barangan dari bangunan perlu diberitahu kepada setiap penduduk serta penghuni bangunan bertingkat.

Isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak dalam negara kita. Semua pihak perlu membuka mata dan minda mereka supaya isu sebegini tidak berlaku dalam negara kita demi keselamatan semua pihak.

Sumber : Info Roadblock JPJ/Polis

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)