Siakap Keli

Rawat Pesakit Koronavirus Sepanjang Hari, Staf Hospital Tidur Merata Akibat Terlalu Penat

Kakitangan perubatan yang keletihan tidur di lantai hospital kerana mereka bekerja sepanjang hari untuk merawat pesakit koronavirus.

Gambar menunjukkan kakitangan perubatan hospital yang berbaring di mana sahaja yang boleh di sebuah hospital yang tidak dinyatakan di China.

Itu termasuklah lantai, kerusi dan lain-lain lagi.

Selain itu, gambar turut menunjukkan kakitangan-kakitangan perubatan tidur bersebelah masing-masing di tepi fasiliti hospital.

Sesetengah gambar disiarkan di media sosial dengan kapsyen ‘mereka adalah wira sebenar negara ini’.

Hospital China dilaporkan penuh sesak kerana bilangan orang yang dijangkiti oleh koronavirus di negara ini telah mencapai 17,297 di Tanah Besar China, dengan kadar kematian sebanyak 361 di negara ini.

Hospital Huoshenshan baru yang dibina di bandar Wuhan, pusat wabak itu dalam masa sepuluh hari mula mengambil pesakit pada hari Isnin.

Pusat rawatan Wuhan menunjukkan kali kedua pemimpin China telah memberi respons kepada penyakit baru dengan membina hospital khusus hampir semalaman.

Bilangan kes coronavirus di seluruh dunia telah mengatasi jangkitan wabak Sars pada tahun 2003.

Sumber : Metro.uk

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)