Siakap Keli

Tak Ada Yang Berani Sertai, ”Contest” Buang Tayar Sangkut Di Kepala Buaya Terpaksa Dibatalkan

Pertandingan yang menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengeluarkan tayar motosikal yang tersangkut pada leher seekor buaya gergasi yang panjangnya 4 meter itu telah dibatalkan.

Pertandingan tersebut telah diwar-warkan sejak bukan lalu telah menjadi perbualan hangat namun jumlah ganjaran yang bakal diterima tidak dinyatakan jumlahnya.

Kredit Foto: Oddity Central

Pelbagai cara telah dilakukan namun tetap tidak berjaya.

Pemuliharaan konservatif takut buaya tersebut mati tercekik telah menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengeluarkan tayar pada leher reptilia berkenaan.

“Pertandingan itu dibatalkan” kata Ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah, Hasmuni Hasmar.

Buaya tersebut mula dikesan berenang dengan tayar tersangkut pada lehernya sejak tahun 2016 lagi.

Namun sehingga kini tayar tersebut masih gagal dikeluarkan sehingga menimbulkan kebimbangan kerana reptilia tersebut dilihat semakin membesar.

Sumber: RTL Today 

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.