Siakap Keli

Wanita Menderita Pekak & Bisu Seumur Hidup, Suami Simbah Minyak Panas Ketika Tidur

Kejam, tindakan seorang suami yang telah menyimbah minyak panas yang mendidih ke arah isterinya ketika sedang tidur telah menyebabkan wanita tersebut mengalami kecederaan yang teruk.

Bahagian mukanya antara anggota yang mengalami kecederaan yang paling teruk sehingga menyebabkan kulit mukanya yang melecur bertukar kepada kekuningan.

Selain itu, wanita berkenaan juga turut mengalami kecederaan teruk sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat bercakap dan melihat setelah kejadian tersebut.

Kredit Foto: Daily Mail

Wanita malang tersebut yang dikenali sebagai Zohra telah menjalani tiga pembedahan termasuklah mengambil daging pada bahagian pahanya untuk menggantikan daging yang telah rosak dibahagian yang mengalami kecederaan.

Kenalan rapat yang turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa Zohra telah menghulurkan sedikit bantuan supaya wanita tersebut dapat menjalani rawatan yang mampu menyembuhkannya.

Suami Zohra telah ditangkap dan masih dalam tahanan sebelum diputuskan hukuman yang bakal diterimanya.

Sumber: Daily Mail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.