Siakap Keli
Kredit Foto: Twitter

”Awak Yang Jauh, Sabar Yea…”, Demi Kumpul Duit Kahwin, Pemuda Buat Macam-Macam Kerja Dalam Sehari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkahwinan merupakan satu perkara yang cukup manis. Pasti ramai pasangan diluar sana yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang meriah untuk meraikan hari bahagia ini. Namun pada masa kini, kos yang diperlukan untuk mengadakan sesuatu majlis bukanlah kecil.

Kadangkala bakal pengantin terpaksa melakukan kerja sampingan untuk mencari duit tambahan. Namun begitu, perkahwinan boleh saja dilakukan secara sederhana sahaja mengikut kemampuan masing-masing.

Seorang pengguna twitter, Cassablanca telah berkongsi di laman laman twitternya mengenai kegigihannya melakukan pelbagai kerja dalam sehari untuk mengumpulkan wang.

Kegigihan lelaki ini yang berusaha mencari rezeki untuk berkahwin merupakan satu niat yang baik malah dia bersungguh-sungguh bekerja keras untuk dirinya dan juga kekasih hatinya.

Usaha yang dilakukan oleh lelaki ini harus dicontohi oleh anak muda yang lain.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan mendoakan semoga lelaki ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.

“Aku doakan murah rezeki and dapat halalkan hubungan cepat-cepat bro”

“May your hard works paid off, bro”

“Bro, salute. I feel you bro”

sumber: Cassablanca .

 

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.