Siakap Keli
Gambar via Google

Doktor Ini Cuba Beri Amaran Awal Koronavirus Tapi Dituduh Sebar Berita Palsu

Di sebalik kekalutan wabak global koronavirus pada waktu ini, sebenarnya terdapat seorang doktor yang menyedari bahayanya virus ini sebelum ianya merebak seperti sekarang.

Pada awal Januari yang lalu, pihak berkuasa di bandar Wuhan, China dikatakan cuba untuk menyembunyikan penemuan virus berkenaan.

Namun, apabila seorang doktor cuba memberi amaran kepada rakan-rakan saintis mengenai wabak itu, polis tempatan telah memberi amaran kepadanya supaya hentikan perkara tersebut.

Dr Li Wenliang, seorang pakar mata di Hospital Wuhan Tengah menyedari terdapat tujuh kes virus yang disamakan seperti SARS yang pernah menyerang komuniti dunia pada tahun 2003.

Pada 30 Disember lalu, beliau telah menghantar mesej kepada rakan-rakan doktornya bagi memberi amaran kepada mereka mengenai wabak tersebut. Dia juga menasihati agar mereka memakai pakaian perlindungan bagi mengelakkan jangkitan.

Gambar: BBC

Malangnya, empat hari kemudian dia telah dipanggil ke Biro Keselamatan Awam di mana dia telah dituduh membuat kenyataan palsu yang boleh menganggu ketenteraman sosial.

Kami memberikan amaran kepada anda sekiranya meneruskan aktiviti ini, anda akan dibawa ke muka pengadilan.

Dr Li yang akur dengan tuduhan itu hanya mengiyakan amaran yang diberikan kepadanya.

Gambar: CNN

Namun, pada akhir Januari, Dr Li telah berkongsikan salinan surat tersebut ke dalam internet bagi menjelaskan perkara yang sebenar. Disebabkan itu, pihak berkuasa tempatan telah memohon maaf kepada Dr Li namun semuanya telah terlambat.

Tambah Dr Li dalam perkongsiannya, dia sudah mula mengalami batuk-batuk dan kemudiannya menghidap demam sebelum dimasukkan ke dalam hospital. Selepas sepuluh hari kemudian iaitu pada 20 Januari, kerajaan China telah mengisytiharkan wabak itu sebagai satu kecemasan.

Gambar: CNN

Menurut Dr Li, dia telah membuat pemeriksaan sebanyak beberapa kali dan mendapati keputusannya adalah negatif. Namun, pada 30 Januari, dia memaklumkan bahawa dia telah disahkan positif virus berkenaan.

Ekoran itu, dia telah menerima ribuan kata-kata semangat daripada orang ramai. Malah, ada yang menganggap dia sebagai hero yang mendedahkan wabak ini dengan lebih awal.

Sumber: BBC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra