Siakap Keli
Foto: Instagram Elyana

Elyana “Throwback” Kali Pertama Buat Kimoterapi, Tetap Senyum Lawan Kanser Tahap 4

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana yang berjuang dengan kanser yang dihadapinya merebak ke tulang belakang ketika itu.

Elyana menerusi satu kiriman status di laman Instagramnya berkongsi pengalaman lepas semasa menjalani rawatan kemoterapi buat pertama kali setelah disahkan menghidap kanser tahap 4 waktu itu.

“Hadapi dengan senyuman”

Throwback.Ini ketika chemotherapy pertama setelah saya disahkan Kanser tahap 4.. Setelah puluhan kali chemotherapy yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah,senyuman dapat saya ukir untuk kali ini.

Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat cerita kan kepada kalian. Terpuruk saya, biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap hadapi dengan senyuman. Insyallah.

Kepada anda diluar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser, selalulah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang. Kerana hanya doa dan sokongan dari orang-orang tersayang kami harap kan. 

https://www.instagram.com/p/B8JH4SDFJuX/?fbclid=IwAR1HG472RhrNqKJeZ_SvKYvZ6Fre9g8WdvVKpIWbyEGKV0Wd6XybjL1DFtI

Dalam status ini juga Elyana sempat menasihatkan peminatnya dan orang ramai yang masih sihat untuk jagalah kesihatan kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Sumber: Instagram Elyana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)