Siakap Keli

Jackie Chan Tawar RM 580,000 Untuk Sesiapa Yang Dapat Hasilkan Penawar Koronavirus

Pelakon bintang Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta yuan (RM 580,000) kepada sesiapa sahaja yang berjaya mencipta penawar bagi virus maut dari Wuhan yang telah meragut ratusan nyawa.

Pelakon yang membintangi filem terbarunya iaitu Vanguard, telah memuat naik satu perkongsian di akaun sosial media Weibo miliknya berkenaan dengan rasa keprihatinannya tentang isu koronavirus yang semakin menular.

Aktor tersebut menyatakan bahawa beliau berharap dapat menghulurkan bantuan dengan sedaya upaya selain memberi sokongan kepada orang-orang yang terjejas dengan virus ini.

“Sains dan teknologi adalah kunci utama bagi mengekang virus ini, dan saya percaya ramai orang mempunyai pemikiran yang sama seperti saya serta berharap agar penawar boleh dihasilkan secepat mungkin.

“Saya ada satu idea yang ‘naif’ sekarang. Tidak kira individu mahupun organisasi yang berjaya menghasikkan penawar, saya mahu berterima kasih dengan memberikan mereka wang sebanyak 1 juta yuan,” ujarnya.

Beliau juga turut berharap niat baiknya itu tidak disalah erti.

“Ini bukan soal duit.saya tidak mahu melihat jalan-jalan yang pernah sibuk sebelum ini menjadi sepi dan saya juga tidak mahu melihat kawan-kawan senegara saya berlawan dengan virus ini sehingga terkorban sedangkan mereka sepatutnya menikmati kehidupan mereka,” tambahnya lagi.

Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 53,000 likes, dengan kebanyakan netizen turut menyatakan sokongan serta pujian ke atas tindakannya yang sering menghulurkan bantuan dalam apa-apa krisis yang melanda China. Ada juga netizen yang memberi cadangan kepadanya untuk meningkatkan jumlah ganjaran kepada 10 juta yuan.

Untuk rekod, lebih 24 ribu kes positif koronavirus dilaporkan di China dengan angka kematian yang hampir mencecah 500 dicatatkan.

Sumber: Straits Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.