Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Gambar) Kapal Mewah Jepun ‘Diamond Princess’ Jadi ‘Kapal Berhantu’ Selepas Penumpang Positif Koronavirus

Selepas seorang lelaki berusia 80 tahun dikatakan sah dijangkiti koronavirus, sebuah kapal persiaran telah dikuarantin oleh kerajaan Jepun bagi mengelakkan virus itu daripada merebak. Disebabkan itu juga, kapal persiaran berkenaan digelar sebagai ‘Kapal Hantu Koronavirus’.

Tindakan itu adalah ekoran pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang menaiki kapal itu di Hong Kong pada 25 Januari lalu disahkan positif koronavirus.

Tindakan kuarantin itu telah menyebabkan 2,666 orang tetamu dan 1,045 anak kapal terperangkap di dalamnya.

Sunyi tanpa kelibat penumpang

Tidak seperti kebiasaan, ruangan di dalam kapal persiaran Diamond Princess itu sangat sunyi kerana kebanyakan penumpang hanya berada di dalam bilik masing-masing.

Beberapa foto yang dimuat naik oleh portal Daily Mail memaparkan ruangan seperti bilik pawagam, bilik kasino, dewan atrium dan lain-lain kelihatan sunyi tanpa ‘kemeriahan’ penumpang seperti kebiasaan.

Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail

Ruangan koridor dan dewan atrium hanya kelihatan kelibat pegawai perubatan yang berkeliaran dengan topeng perlindungan yang lengkap.

Pegawai perubatan juga dikatakan pergi ke setiap bilik bagi meninjau keadaan penumpang. Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Jepun, suhu dan keadaan keseluruhan penumpang juga turut dipantau.

Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai tempoh tindakan kuarantin terhadap kapal persiaran tersebut. Menerusi laporan portal CNA, sekitar 10 orang di dalam kapal tersebut diuji positif koronavirus.

Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra