Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kaum India Digalakkan Mohon Ke IPG

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 daripada  kalangan kaum India digalakkan untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memenuhi keperluan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Saya harap tahun ini kita dapat permohonan lebih banyak kerana untuk tahun 2019, kita tidak terima permohonan yang mencukupi,” kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berharap penyertaan lebih ramai kaum India di IPG akan memastikan SJKT mempunyai jumlah guru mencukupi pada masa akan datang

Teo berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah Guru-guru SJKT Daerah Hulu Selangor dan Gombak di SJKT Kuala Kubu Bharu di Kuala Kubu Bharu, kira-kira 60km, dari sini, hari ini.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.