Siakap Keli

Koronavirus: Cathay Pacific Minta 27,000 Pekerja Bergilir-gilir Cuti Tanpa Gaji

Syarikat penerbangan Cathay Pacific bertindak meminta semua 27,000 pekerjanya untuk mengambil tiga minggu cuti tanpa gaji dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Augustus Tang Kin-wing, pihaknya sebagai syarikat penerbangan utama Hong Kong terpaksa melakukan perkara tersebut akibat daripada penularan wabak koronavirus yang melanda seluruh negara kini.

Oleh hal yang demikian, syarikat penerbangan itu meminta kakitanganmengambil cuti secara sukarela antara bulan Mac dan Jun.

Menurut laporan South China Morning Post, syarikat penerbangan itu turut mengumumkan pemotongan besar bagi semua jadual penerbangan. Pemotongan 30 peratus untuk semua negara selama dua bulan, termasuk kapasiti pemotongan 90 peratus ke tanah besar China.

Kali terakhir syarikat penerbangan itu melaksanakan skim cuti khas adalah ketika penularan wabak Sars pada tahun 2003. Pemotongan secara meluas bagi operasi penerbangannya juga turut dilakukan. Ia meletakkan 22 pesawat dan pemotongan sebanyak 45 peratus pada masa itu.

Menurut Tang, pada kebiasaannya percutian Tahun Baru China akan membawa keuntungan kepada syarikat penerbangan mereka namun perayaan itu baru-baru ini merupakan saat yang paling sukar dengan penurunan jumlah pelawat ke Hong Kong, tanah besar China dan negara lain di seluruh dunia.

Syarikat penerbangan itu telah memohon pengurangan harga daripada pembekal, pengambilan beku, projek utama yang ditangguhkan dan menghentikan semua perbelanjaan yang tidak kritikal, sebagai sebahagian daripada langkah awal untuk menangani kesan bulan protes anti-kerajaan.

Sumber: South China Morning Post

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)