Siakap Keli
Kredit: Google

Ladang Di Arab Saudi Dilanda Virus Selesema Burung, Lebih 22,000 Ekor Ternakan Mati

Arab Saudi mengesahkan penularan wabak selesema burung H5N8 di sebuah ladang ternakan tempatan yang menyebabkan kematian puluhan ribu ekor unggas.

Berdasarkan laporan Business Insider, lebih 22,700 ekor unggas mati ekoran virus itu.

Memetik laporan kementerian pertanian, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Dunia (OIE) mendakwa penularan wabak penyakit itu bermula di wilayah Sudair, 150 kilometer dari ibu negara, Riyadh.

Lantaran itu, lebih 385,300 ekor ternakan disembelih.

Kes ini merupakan kes pertama H5N8 di Arab Saudi sejak Julai 2018.

H5N8 merupakan salah satu jenis influenza A yang menjangkiti unggas seperti itik, ayam, angsa dan burung. Ia direkod buat pertama kali berlaku di Ireland pada tahun 1983.

Wabak ini telah menyebabkan sebanyak setengah juta unggas dibunuh di Jerman pada 2017. Ia cenderung menjangkiti populasi unggas pada bulan Disember dan Januari, lapor media Jerman, DW.com.

Sumber: Business Insider, DW.com

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.