Siakap Keli
gambar: Panji_Putih, Azira Riza

Menteri Sahkan Kejadian Di KLCC, Masih Tunggu Keputusan Ujian Koronavirus

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan kejadian tular di KLCC tengah hari tadi.

Menurutnya, wanita tersebut dipercayai merupakan warga Kanada. Beberapa orang yang lengkap berpakaian ‘Hazmat suit’ juga turut digegaskan ke lokasi kejadian susulan daripada insiden tersebut.

“Saya pun baru sahaja menerima maklumat berkenaan dengan insiden itu dan saya kira kita punya Hazmat team datang berpakaian lengkap kerana mereka perlu berjaga-jaga.

“Wanita tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan segala maklumat berkenaan dengan hal itu akan kami salurkan kepada pihak media,” ujarnya ketika menjawab soalan wartwan dalam sidang media.

Terdahulu, 2 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan pada Selasa telah disahkan dijangkiti dengan koronavirus sekali gus menjadikan bilangkan jumlah kes yang disahkan Malaysia meningkat kepada 12 orang.

Dua mangsa terbabit ialah seorang lelaki yang berumur 45 tahun dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.

Kedua-dua mereka telah dibawa pulang menaiki pesawat khas AirAsia bersama 107 rakyat Malaysia serta ahli keluarga mereka yang lain dari Wuhan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.