Siakap Keli
Gambar: Galeri Bas dan Lori

“Pemandu Terpaksa Jalan Ikut Arahan,” Rakaman Lori ‘Muntahkan’ Muatan Dipercayai Lumpur

Pengguna jalan raya sememangnya sudah sedia maklum kenderaan berat seperti lori dengan muatan beratnya kadang-kala berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi satu video yang tular di laman Facebook, sebuah lori yang didakwa membawa muatan cecair TAR telah ‘memuntahkan’ muatan tersebut di atas jalan raya.

Detik cemas itu telah berjaya dirakam menerusi kamera dashcam kenderaan di belakangnya.

Melihat kepada rakaman itu, ketika lori berkenaan bergerak, muatan di dalamnya terkeluar dari ruang lori tersebut sebelum melimpah di atas jalan raya.

Insiden tersebut juga dikhuatiri boleh menyebabkan risiko bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal.

Walau bagaimanapun, menerui perkongsian di laman Galeri Lori dan Bas, difahamkan bahawa muatan yang terjatuh tersebut adalah lumpur. Pemandu lori berkenaan juga dikatakan terpaksa meneruskan perjalanan kerana muatan tersebut telah diisi ke dalam lori.

Tambah perkongsian itu, sekiranya pengguna jalan raya terjumpa masalah sebegitu pada masa akan datang, adalah lebih baik untuk memaklumkannya kepada pemandu kerana mereka tidak menyedari perkara tersebut.

Sumber: Galeri Lori dan Bas

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra