Siakap Keli
Gambar : www.trtworld.com

Sekurang-Kurangnya Lima Maut Dalam Kejadian Runtuhan Salji Di Turki

Van : Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ada mangsa dikhuatiri terperangkap dalam insiden runtuhan salji di wilayah timur Turki, lapor agensi berita Anadolu.

“Tujuh orang diselamatkan. Malangnya, lima lagi ditemui mati,” kata Gabenor Van Mehmet Emin Bilmez.

Kejadian berlaku di daerah Bahcesaray berikutan cuaca buruk dan sebuah bas mini yang sedang melalui lebuh raya Van-Bahcesaray turut terkena runtuhan salji.

Bilmez berkata sekurang-kurangnya dua orang dipercayai terperangkap, misi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Dikelilingi kawasan pergunungan, daerah Bahcesaray sering mengalami musim sejuk yang melampau.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.