Siakap Keli

(Video) Lelaki ‘Perdaya’ Google Maps, Guna 99 Buah Telefon & Troli Cipta Jalan Sesak Palsu

Penggunaan aplikasi Google Maps pastinya dapat membantu kehidupan seharian kita dalam mencegah daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, ianya tidak bermakna bahawa aplikasi pintar itu tidak boleh diperdayakan.

Seorang lelaki yang berasal dari Berlin, Jerman telah berjaya memperdayakan aplikasi tersebut dengan mencetuskan satu kesesakan lalu lintas di sebuah jalan yang lengang.

Apa yang dilakukannya itu sebenarnya agak genius. Dia telah bertindak memenuhkan sebuah kereta sorong dengan 99 buah telefon pintar yang menggunakan Google Maps sekali gus.

Dia kemudiannya telah berjalan sambil menarik kereta sorong itu melalui jalan-jalan di Berlin termasuk jalan yang menempatkan pejabat Google. Tidak beberapa lama kemudian, jalan tersebut telah bertukar kepada merah di dalam Google Maps yang bermaksud jalan itu sedang sesak.

Lelaki tersebut walau bagaimanapun tidak berkongsikan butiran lanjut berkenaan bagaimana dia berjaya membuat jalan menjadi sesak di dalam aplikasi Google Maps. Oleh kerana tiada butiran lanjut, ianya juga berkemungkinan palsu.

Sekiranya perkara tersebut benar-benar boleh berlaku, Google seharusnya memandang perkara ini dengan serius bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku.

Sungguhpun begitu, kita jarang sekali melihat orang yang sanggup membeli 99 telefon pintar dan membawanya menggunakan kereta sorong seperti lelaki ini. Janganlah kita takut untuk menggunakan aplikasi ini pula selepas ini.

Sumber: Interesting Engineering

 

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.