Pemikiran inovatif seorang wanita North Carolina telah menyelamatkan nyawanya apabila tangannya hancur ketika menukar tayar di pinggir jalan.
Menurut Colleton County Fire Rescue, wanita yang berusia 54 tahun itu sedang dalam perjalanan ke Interstate 95 di South Carolina apabila tayar keretanya pancit.
” Dia mengeluarkan tayar yang pancit itu dan menggantikannya dengan tayar yang baru, tiba-tiba ‘jack’ tergelincir dan menyebabkan kereta itu jatuh,” kata jambatan bomba.

Tambahnya lagi, kereta itu jatuh dan telah menyebabakan tangannya hancur.
Wanita itu terperangkap di tepi jalan raya dengan kesakitan yang tidak tertahan.
Selepas itu, hampir 35 minit dia bergelut untuk membuka kasutnya dan terus mendail 911 dengan jari kakinya.
Wanita itu mengalami kecederaan yang teruk pada kedua-dua belah tangannya. Dia telah dipindahan ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.
Sumber : CNN