Siakap Keli

12 Tentera Israel Cedera Parah Dilanggar Kereta, Remaja Palestin Terbunuh

Seorang lelaki Palestin bertindak menghentam keretanya ke arah sekumpulan tentera awal pagi ini di Jerusalem telah mencederakan 12 orang anggota tentera Israel. Manakala di Tebing Barat, seorang remaja Palestin berusia 19 tahun terbunuh dalam pertempuran dengan ketenteraan Israel.

Menurut jurucakap tentera Israel, Lt.Col Jonathan berkata salah seorang daripada 12 yang cedera di Jerusalem mengalami cedera parah. Serangan yang berlaku itu dianggap sebagai satu ‘serangan keganasan’.

Pegawai Hospital Palestin berkata, remaja lelaki yang terbunuh tersebut telah mengakibatkan enam lagi cedera dalam pertembungan itu. Kematian itu berlaku sejurus tentera Israel menembak dan membunuh seorang remaja berusia 17 tahun semasa pertempuran tunjuk perasaan di tempat yang sama.

Terdahulu, Israel menyerang sasaran militan Hamas di gaza sebagai satu tindak balas terhadap serangan roket ke arah rakyat Israel pada malam sebelumnya.

Memetik daripada laporan media AP News, keganasan baru antara Palestin-Israel berlaku selepas beberapa hari kedatangan Presiden Donald Trump melancarkan rancangan perdamaiannya yang sangat dituntut kerana ia memihak kepada bahagian besar rakyat Israel.

Sumber: AP News 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)