Selepas angka kematian wabak global Koronavirus meningkat melebihi 500 orang, The Bill & Melinda Gates Foundation mengambil keputusan untuk menyumbangkan sebanyak $100 million bagi melawan wabak ini.
Sumbangan itu juga ekoran dilaporkan 12 orang Amerika Syarikat yang disahkan menghidapi wabak tersebut.

Pembiayaan tersebut akan digunakan untuk menguatkan usaha pengesanan, pengasingan dan rawatan serta termasuklah usaha melindungi penduduk yang berisiko.
Menurut portal Daily Mail, sekitar $20 juta daripada dana itu akan diperuntukkan kepada agensi-agensi kerajaan dan antarabangsa. Antara agensi yang akan menerima sumbangan tersebut adalah seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit (CDC).

Sebanyak $60 juta yang lain pula akan digunakan bagi pembangunan vaksin, rawatan dan diagnostik. Baki $20 juta yang lain pula akan disumbangkan kepada negara-negara di sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan yang telah terjejas dengan wabak penyakit ini.
Sumber: Daily Mail