Siakap Keli

Jawab Panggilan Sambil Berjalan Lebih Bahaya Dari Balas Mesej Atau Dengar Muzik – Kajian

Dalam era teknologi yang serba canggih ini , penggunaan telefon bimbit agak mudah untuk dijumpai di mana-mana sahaja. Jarang kita lihat tiada pengguna yang masih tidak menggunakan telefon bimbit pada zaman ini bahkan ia menjadi satu keperluan untuk zaman ini. Tetapi berhati-hati, aktiviti ini boleh mendatangkan kesan buruk untuk anda.

Menurut CNN Indonesia, sesetengah pengguna sering membalas mesej berbanding menjawab telefon sambil berjalan. Mungkin di atas kesibukan kerja tidak dapat membalas teks dengan cepat.

Kajian baru sekarang menunjukkan, tingkah laku itu berbahaya juga. Dikutip dari CNN, menggunakan telefon bimbit semasa berjalan lebih cenderung mengakibatkan kemalangan daripada menerima panggilan telefon atau mendengar muzik.

Jumlah kecederaan akibat penggunaan telefon bimbit

Para penyelidik memberi amaran selepas menganalisis beratus kes kemalangan pejalan kaki. Penggunaan telefon dalam membalas mesej mempunyai  purata yang tertinggi akibat kecuaian pejalan kaki. Kajian mendapati pejalan kaki mengabaikan  keselamatan diri tanpa melihat  kanan atau kiri ketika menyeberang jalan.

Perbezaan antara pengguna yang bercakap melalui telefon hanya mempunyai risiko kecil untuk  menyeberang jalan. Walaupun aktiviti mendengar muzik sama sekali tidak memberi kesan kepada keselamatan pejalan kaki.

Malah penyelidik dari University of Calgary di Kanada berkata, penemuan ini masih memerlukan penyelidikan lanjut. Kajian masih lagi dalam proses untuk mengkaji faktor gangguan pada pejalan kaki.

Kemalangan semakin meningkat di bandar dan di seluruh dunia,” kata penulis kajian.

Memandangkan kehadiran telefon pintar, media sosial, aplikasi, video digital dan aliran muzik kini berada di dalam kehidupan seharian kita. Sehingga dapat mengganggu kehidupan seharian kita ketika menyeberang jalan atau aktiviti lain, ” ujar pengarang kajian tersebut.

Kumpulan penulis mendapati bahawa di peringkat global sekitar 270 ribu orang pejalan kaki meninggal setiap tahun. Sebanyak satu per lima daripada jumlah kes akibat kemalangan jalan raya. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Injury Prevention.

Walaupun laporan The Telegraph menyebut, pejalan kaki yang menghantar mesej semasa berjalan adalah dua kali lebih mungkin untuk mengalami kemalangan atau hampir ketinggalan daripada mereka yang berada di telefon. Penyelidik Kanada mengkaji data dari 22 kajian yang membandingkan potensi keselamatan antara orang yang mempunyai aktiviti dengan telefon bimbit mereka dan bebas dari telefon bimbit.

Kajian yang melibatkan 800 kanak-kanak dan orang dewasa, menggunakan simulasi komputer, memeriksa bilangan perlanggaran dan tingkah laku harian. Kajian mendapati bahawa aktiviti memanggil meningkatkan risiko perlanggaran sehingga 17 peratus. Walau bagaimanapun, menghantar mesej teks atau melayari internet mempunyai risiko lebih tinggi sehingga 34 peratus.

Sumber : CNN Indonesia, The Telegraph

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul