Siakap Keli
Gambar: Dr Amalina

Koronavirus: “Jangan Ditipu Oleh Orang Yang Jual Produk Konon Boleh Rawat Penyakit” – Dr Amalina

Perkongsian Dr Amalina menerusi laman Twitter miliknya mengenai Koronavirus telah menarik perhatian ramai orang. Dr Amalina yang berkongsikan satu kajian yang menjelaskan bagaimana Baricitinib dikatakan sebagai rawatan berpotensi untuk penyakit pernafasan 2019-nCoV.

Menerusi ciapan yang seterusnya, Dr Amalina menjelaskan bahawa kajian lanjut perlu dilakukan bagi membuktikan perkara tersebut. Disebabkan perkongsian itu, ada juga yang bertanyakan kemungkinan boleh mendapatkan Baricitinib di farmasi.

Sedar akan perkara itu, Dr Amalina terus menyarankan agar orang ramai tidak pergi ke farmasi ataupun membelinya secara dalam talian. Tambahnya, dadah tersebut perlu diuji terlebih dahulu secara klinikal sebelum boleh digunakan bagi tujuan rawatan.

Beliau juga memaklumkan bahawa Baciritinib merupakan dadah kawalan dan ianya tidak boleh didapatkan di farmasi. Dr Amalina juga berpesan kepada warga Twitter untuk membezakan maklumat yang didapati daripada kajian teori dan kajian klinikal.

Pesanan saya kepada semua, apabila membaca jurnal perubatan, anda perlu bezakan antara theoretical finding  dari data mining tool, atau kajian animal/in-vitro atau kajian klinikal (kajian manusia)

Tambahnya lagi, pemahaman terhadap kajian yang dilakukan adalah sangat penting agar tidak ditipu oleh pihak-pihak yang terbabit.

“Benda ni banyak berlaku di Malaysia, jadi berhati-hatilah. Dapatkan nasihat daripada doktor-doktor perubatan dahulu (bukan doktor tipu)”

Wabak global Koronavirus yang melanda dunia kini semakin membimbangkan kerana dilaporkan sekitar 565 orang telah terkorban. Sehingga kini, masih tiada lagi penawar ataupun vaksin yang boleh mengubati jangkitan ini.

Sumber: Dr Amalina

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.