Siakap Keli

Koronavirus: Singapura Sahkan 2 Kes Jangkitan Terbaru Libatkan Rakyatnya

Menteri Kesihatan Singapura (MOH) pada Khamis (6 Februari) telah mengesahkan dua lagi kes jangkitan koronavirus di negara itu, dengan seorang daripadanya tidak pernah ke China dan tidak ada kaitan dengan kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini.

Berikutan dengan itu, jumlah kes yang telah disahkan di Singapura kini meningkat sebanyak 30, dengan 11 di antaranya adalah warga Singapura.

Dua kes yang disahkan itu dilaporkan dijangkiti oleh warga Singapura yang tidak ada rekod pernah berkunjung ke China.

Satu daripada kes yang positif itu mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang telah disahkan dijangkiti sebelum ini. Kes kedua yang diumumkan pada Khamis pula tidak ada hubungan dengan mana-mana kes yang positif sebelum ini.

Kes kedua itu telah disahkan pada malam Rabu dan pengesanan orang yang pernah berhubung dengannya sedang giat dijalankan.

Setakat ini, kesemua kes yang telah disahkan sebelum ini adalah merupakan warga China dari Hubei, atau individu yang pernah berhubung dengan pelancong warga China itu.

Kesemua pesakit yang dijangkiti ini telah dipantau dan dikuarantinkan, ujar MOH.

Sumber: Straits Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.