Siakap Keli

Suka Pakai “Earphone” Sambil Tonton Drama, Wanita Ini Jadi Pekak Sebelah Telinga

Seorang perempuan di Taiwan mengalami masalah pekak sebelah telinga selepas memakai earphone dalam jangka masa tempoh yang lama.

Wanita yang lebih dikenali sebagai Xiao Jing, 28, mempunyai satu tabiat iaitu menonton drama kegemarannya setiap hari selepas pulang dari kerja. Dia menonton drama dengan memakai set earphone sehingga lewat malam.

Kemudiannya, selepas sebulan dia mendapati sebelah daripada earphonenya itu tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Selepas itu dia menukarkan earphone nya namun masih tidak dapat mendengar di bahagian sebelahnya.

Setelah itu, Xiao Jing mulai sedar yang bukan earphone nya yang bermasalah, lalu mendapatkan pemeriksaaan di hospital. Doktor yang merawat Xiao Jing mengesahkan bahawa sebelah telinganya pekak secara tiba-tiba.

Menurut doktor, Xiao Jing beruntung kerana terus segera mendapatkan pemeriksaan kerana jika terlewat, dia berkemungkinan  akan pekak selamanya.

Sindrom pekak tiba-tiba ini tidak hanya terhad kepada orang tua sahaja, ia berkemungkinan boleh terjadi kepada orang dewasa dan remaja.

Smber : Oriental daily

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)