Menerusi siaran langsung kenyataan media ucapan dari Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkifly telah mengesahkan dua lagi kes novel Koronavirus yang berlaku di Malaysia.
Mangsa yang merupakan adik kepada kes pertama rakyat tempatan 41 tahun dari Selangor kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Manakala, seorang mangsa lagi adalah pelancong dari China.
Ini menjadikan keseluruhan 14 kes positif di Malaysia setakat ini iaitu empat rakyat tempatan dan sepuluh warga China.
Dua lagi kes positif #novelcoronavirus2019 di negara ini.
1. Warga Malaysia iaitu adik kepada kes pertama rakyat tempatan 41 tahun dari Selangor.
Dia dirawat di HSB Alor Star.2. Seorang pelancong dari China.
14 kes keseluruhan setakat ini.
Kenyataan rasmi KKM menyusul.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 6, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia